Monday, 24 December 2012

Puteri & Sebutir kacang pis




Pada suatu masa dahulu,terdapat seorang putera yang bernama Putera Jihad.Dia ingin berkahwin dengan seorang puteri sejati.Dia pernah bertemu dengan ramai gadis yang cantik,tetapi dia tidak dapat memanstikan bahawa siapa ialah puteri sejati.

     Pada suatu malam,hujan turun dengan lebatnya.Tiba-tiba,terdengar ketukan pintu yang kuat.Putera Jihad pun membuka pintu.Seorang gadis yang basah kuyup dari hujung rambut ke hujung kaki berdiri di luar.Dia memperkenal diri sebagai seorang Puteri yang bernama Puteri Anatasia,jadi permaisuri pun mengizinkannya masuk ke dalam istana.

    Permaisuri mendapat satu idea untuk memastikan sama ada gadis itu puteri sejati atau tidak.Permasiuri meletakkan sebutir kacang pis di tengah katil yang terletak dalam bilik tetamu.Kemudian,dia menyuruh supaya dua puluh keping tilam diletakkan di atas katil tersebut.Permaisuri menjemput gadis itu masuk ke dalam bilik dan berkata,"Malam ini,kamu boleh tidur di sini."

     Pada keesokan pagi,ketika sarapan,Permaisuri bertanya pada gadis itu adakah dia bertidur nyenyak semalam."Oh,tidak."jawab gadis itu,"Saya rasa seperti berbaring di atas sesuatu yang keras!"Gadis itu meminta maaf daripada permaisuri.Tetapi dia berkata dia memang tidur berkalih-kalih sepanjang malam.

      Permaisuri berasa gembira kerana hanya seorang puterilah yang dapat merasakan sebutir kacang pis di bawah tilam yang begitu tebal.Akhirnya,Putera Jihad dapat menemui puteri sejatinya.Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.  Putera Jihad Puteri Anatasia
  

                                                                 TAMAT

No comments:

Post a Comment